Saturday, July 11, 2009

Konsert Satu Wajah M Nasir di Stadium Negara

Walaupun band muzik Indie lebih menguasai industri muzik kita pada masa ini, namun sifu muzik tanah air, M Nasir masih terus mendapat keyakinan daripada beberapa pihak penganjur untuk mengadakan konsert solonya.


Bermula dengan Konsert Alam Muzik M Nasir yang baru saja dianjurkan Box-Office Sdn Bhd selama 3 hari berturut-turut di Istana Budaya (IB) pada Februari lalu, kali ini seniman serba-boleh ini dilamar Maya Axis Creative Sdn Bhd pula untuk merealisasikan Konsert Satu Wajah M Nasir di Stadium Negara pada 25 Julai ini.

Konsert Satu Wajah M Nasir ini turut menyaksikan semula kepulangan M Nasir di Stadium Negara selepas kali terakhir beraksi di sana menerusi Konsert Canggung Mendonan pada 1994.

"Sudah 15 tahun saya tidak beraksi di Stadium Negara. Sebelum itu memang sudah banyak kali juga termasuklah ketika konsert Alleycats. Apa yang boleh saya katakan, konsert ini nanti akan mempunyai kesinambungan dengan Konsert Alam Muzik M Nasir yang telah saya jayakan, baru-baru ini.

"Yang berbeza cuma dari segi skalanya serta kesan visualnya. Malah, saya juga akan membuat perubahan dari segi repertoire lagu yang saya bawakan nanti. "Saya pasti ramai yang mahukan lagu-lagu yang mereka sudah biasa dengar," katanya.

0 comments:

Layan Lagu Metal